Monday, 6 October 2014

UPSR: CCTV dalam bilik kebal elak kes berulang


KPM akan menubuhkan satu jawatan kuasa bebas bagi mengenal pasti ketirisan dalam pengendalian kertas peperiksaan.
ghapurKUALA LUMPUR: Menurutnya Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh, pemasangan kamera litar tertutup di semua bilik kebal di negara ini akan dilakukan bagi menjamin keselamatan bahan peperiksaan serta mendapatkan bahan bukti sekiranya kejadian kertas peperiksaan bocor ini berulang.

“KPM memandang serius kejadian kebocoran dalam kertas UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan bahasa Tamil.
“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pelakumenjadi penyebab kepada semua ini,” katanya ketika menjawab soalan tindakan yang diambil terhadap pesalah di Parlimen hari ini.
Menurut beliau, KPM akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi mengenal pasti ketirisan dalam pengendalian kertas peperiksaan.
“Jawatankuasa ini akan meneliti porsedur bagi pengendalian proses kerja peperiksan dan menambahbaikan yang diketuai oleh Tun Zaki Tun Azmi iaitu mantan peguam negara.
“Selain itu, satu rombakan akan dilakukan bagi memantapkan lagi pegawai-pegawai di dalam KPM. Ini bagi mengetatkan keselamatan di setiap peringkat dan pengurusan peperiksaan awam.
“Satu taklimat juga akan dilakukan bagi meningkatkan integriti. “

0 komentar:

Post a Comment